My Dreams

Every Night I see you, I feel you. That is how I know you go on. Far across the distance And spaces between us You have come to show you go on. Near, far, wherever you are I believe that the heart does go on Once more you open the door And you're here in my heart And my heart will go on and on Love can touch us one time And last for a lifetime And never go till we're one Love was when I loved you One true time I hold to In my life we'll always go on Near, far, wherever you are I believe that the heart does go on Once more you open the door And you're here in my heart And my heart will go on and on There is some love that will not go away You're here, there's nothing I fear, And I know that my heart will go on We'll stay forever this way You are safe in my heart And my heart will go on and on


p/s Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim - golongkanlah aku dalam golongan yang engkau redhai, jadikanlah segenap hatiku dipenuhi dengan kasih mu, kasih kepada yang satu...berilah petunjuk dan hidayah agar aku dapat terus hidup dan mati dalam redamu...amin


Pantang larang melayu tradisional

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.



Pantang larang Sebab pantang larang wujud
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mertua dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan untuk mengelakan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.


Cakap Biar Terang... Salam Kedamaian,

Manusia ni terlalu banyak berdolak dalik..nak macam tu,... nak macam ni...apabila dibuat salah ...bila tak buat salah, bila bertanya dia kata hang bodo ka..tarak blaja punya orang, bila buat ikut kita punya cara..dia kata hang bodoh dan sombong ...tak tahu tak nak tanya...pastu cakap belakang - belakang...

Mamat ni cam ni ...mamat tu macam tu laa..bila berdepan dengan orang yang dikutuk ..hem senyap jer siap kipas..lagi....Salam Kawan Cakap tu biaq Terang..tak yah selindung - selindung...hang suka hang ambik...hang tak suka...takpa...biarlah kita ni hidup saling hormat menghormati orang lain...terlalu banyak persepsi dan pra sangka adalah tidak baik..mungkin kita tidak tahu maksud sebenar apa yang ingin disampaikan...

Berilah ruang untuk orang bertanya...kemudian baru kita menjawab...wujudkanlah satu komunikasi yang terbuka untuk semua..tidak perlu untuk dominan (menguasai) dalam masa yang sama kita menindas orang lain dengan secara sengaja atau tidak...setiap yang hidup mempunyai perasaaan...berlaku adillah kita kepada semua dengan mewujudkan ruang terbuka untuk komunikasi itu disampaikan dengan tepat dan difahami oleh pendengar...cubalah fahami untuk difahami...

Pertelingkahan

"Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berperang, maka
damaikanlah dia antara keduanya.

Jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain maka perangilah puak yang zalim itu sehingga mereka mematuhi kembali perintah Allah.

Bila mereka patuh kembali maka damaikanlah diantara
keduanya dengan adil.Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil"

Perjuangan ku.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih,
selawat serta salam kepada junjungan tinggi MUHAMMAD RASULULLAH,

Al-Fatihah,

1 IHSAN

Hati Yang Ihsan, merasa melihat ALLAH atau diri dilihat ALLAH

6 IMAN

Berpegang pada prinsip moral berdasarkan rukun IMAN
  • YAKIN pada ALLAH
  • YAKIN pada MALAIKAT
  • YAKIN pada NABI dan RASUL
  • YAKIN pada KITAB
  • YAKIN pada HARI AKHIRAT
  • YAKIN pada QADA dan QADAR

5 ISLAM

Langkah Maju jaya berdasarkan rukun ISLAM

  • Ucapkanlah dua kalimah syahadat
  • Solat lima Waktu
  • Puasa di bulan Ramadhan
  • Keluarkan Zakat
  • Tunaikan Haji

Hayati Hidup Untuk Jadi motivator muslim PROFESIONAL

Lima ciri yang telah digariskan bagi menghayati hidup untuk menjadi seorang motivator muslim yang profesional....

  1. Dia mesti seorang yang jujur - Setiap tindak tanduknya diukur pada ciri-ciri seorang muslim yang baik.
  2. Dia mesti seorang yang berwibawa serta memiliki keterampilan yang tersendiri lagi unik.
  3. Dia mesti seorang yang berbakat besar dalam banyak bidang, tidak hanya tertahan kepada kebolehan akademik semata - mata.
  4. Dia telah menempuh pelbagai rentak kehidupan; bermula dari bawah dan kini menjadi seorang yang terbilang.
  5. Dia mempunyai formula atau kaedah motivasinya yang tersendiri.